Program Diploma pascasiswazah ini menggabungkan pengetahuan substantif dan prosedural dengan kemahiran professional dan advokasi yang diperlukan oleh pengamal undang-undang dan peguam Syari’e di Malaysia. Diploma ini dibentuk khusus dengan tujuan melahirkan pengamal undang-undang Syari’ah yang berkemahiran serta berkemampuan memahami, menganalisis dan menyelesaikan masaalah-masaalah berkaitan dengan undang-undang Syari’ah yang dikemukakan oleh mana-mana pihak yang memerlukan perkhidmatan mereka. Proses pembelajaran dan latihan program ini dipermudahkan dengan akses kepada system pangkalan data undang-undang yang ekstensif dan perpustakaan undang-undang yang lengkap.
Courses/Subjek
- Sistem Perundangan Islam
- Sistem Undang-Undang Malaysia
- Instrumen Perancangan Harta Islam & Pentadbiran Pesaka
- Undang-Undang Jenayah Islam
- Undang-Undang Keterangan Islam
- Kepeguaman & Etika
- Undang-Undang Keluarga Islam
- Isu Undang-Undang Perlembagaan
- Prosedur Jenayah Mahkamah Syariah
- Prosedur Mal Mahkamah Syariah
- Undang-Undang Muamalat dan Pelaksanaannya
Duration of study/ Tempoh pengajian
Part time/ Separuh masa
1 year 8 months / 1 tahun 8 bulan (5 trimester)
Admission requirement/Syarat kelayakan masuk
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian [LL.B (Kepujian)] dari universiti tempatan yang diiktiraf oleh UIAM; atau
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah atau setaraf dengannya dari mana-mana universiti lain yang diiktiraf oleh UIAM; atau
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang [LL.B] dari universiti yang diiktiraf oleh UIAM dan Sijil Amalan Undang-Undang (CLP); atau
- Lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh UIAM; dan